A.J.K





KRT Town House S7 Kota Damansara telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional pada 20 Jun 2012. Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga di Kota Damansara bertujuan untuk menyatukan masyarakat setempat melalui program dan aktiviti kejiranan, perpaduan serta khidmat masyarakat. Di samping itu, sebagai suatu medium untuk menjaga keselamatan serta keamanan kepada orang ramai khasnya di kawasan ini. Selaras dengan penubuhannya, Skim Rondaan Sukarela KRT Town House Seksyen 7 Kota Damansara telah di pohon dan diluluskan oleh JPNIN pada bulan berikutnya dengan penyertaan awal sebanyak 50 orang ahli sukarela. Kini SRS di KRT Town House telah melangkah jauh dengan rondaan harian pada setiap malam dari jam 1.00 pagi hingga jam 5.00 pagi. Dari segi keberkesanan SRS di kawasan ini telah banyak mengurangi gejala-gejala yang tidak sihat samada dari segi jenayah, sosial dan sebagainya. Selaras dengan perkembangan semasa yang memerlukan komitmen jangka panjang, KRT Town House telah menubuhkan beberapa biro yang diharap dapat memperkasakan perpaduan serta khidmat masyarakat kepada penduduk setempat.

Carta Organisasi Krt Town House

"BERSATU, SEPAKAT, SEKATA"


OBJEKTIF
Menyatukan penduduk Seksyen 7 Kota Damansara dalam suatu ikatan perpaduan yang mengamalkan semangat kejiranan, muhibah dan harmoni tanpa mengira agama dan keturunan.
 

VISI
Menjadi Kawasan Rukun Tetangga berkualiti berteraskan kecemerlangan pengurusan, aktiviti dan permuafakatan.

MISI
1. Memperkasakan aktiviti meliputi pelbagai peringkat umur, kaum dan agama.
2. Menyertai kursus, seminar, taklimat, karnival dan bengkel yang dianjurkan oleh pelbagai agensi.
 3. Melengkapkan prasarana yang kondusif bagi mewujudkan masyarakat dan jiran yang ceria, harmoni serta berdaya maju.
4. Melahirkan jiran dan masyarakat yang unggul, bersatu hati, bermuafakat, muhibah, bertoleransi dan berwawasan.
5. Melaksanakan sistem pentadbiran dan pengurusan yang telus berteraskan jawatankuasa yang berkarisma, berwibawa, dinamik dan  berdedikasi. 



Pengerusi:
 En. Idris Bin Dain

Timbalan Pengerusi:
 En. Abdul Rahman Bin Abu Bakar

Setiausaha:
En.Nizamodeen Bin Sok Abdul Gaffor  

Bendahari:
 En.Mat Rami Yani Bin Mohamed

A.J.K:
En.Abdul Sani Bin Haji Said
En.Rahimi Deraman
En. Hafizal Haji Zainal
En.Mohd Nazri Bin Abdul Khalip
Mr. Loh Hon Far
En. Muhammad Bin Ismail
En.Zainoor Bin Chik
En. Ismail Kassim
En. Ismail Dahlin
En Syed Azlen
En.Mohamad Hanif Bin Abas
En.Ahmad Bin Ya'acob
En.Mohd Fadzil Bin Bahari
En.Saedon Bin Abdul Rani
En.Zaki Bin Jaapar
En.Fadil Bin Saibon
 En.Shafizi Bin Saedon
Mr.Kok Min Lung
En.Wan Hussen Bin Wan Musa
En. Mohd Sabri Bin Mamat
En. Anuar Bin Razak
En.Hamka
En.Adenan
 
    




No comments:

Post a Comment